Jumaat, 7 Disember 2012

Program Sekolah Mesra IT Bersama Masyarakat








Sekolah Ugama Beribi (SUB) Kawasan Brunei III dengan kerjasama Komiti Belia Teratak Sumor, Pasukan Hadrah dan Dikir Nurul Insan Teratak Sumor, Kampung Bunut memanfaatkan cuti persekolahan dengan mengadakan Program Mesra IT bersama masyarakat.

Program tersebut yang diadakan di Makmal Komputer ICT dan Multimedia SUB, Brunei III dengan tema "IT Penjana Kreadibiliti Belia" dikendalikan oleh guru IT dan Multimedia sekolah berkenaan iaitu Awang Haji Masfourteen bin Awang Haji Yusuf dan Dayang Noorasniyati bin Tarip iaitu guru Sekolah Stella sebagai pemudah cara bengkel tersebut.

Seramai 25 orang peserta mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada ahli keluarga Teratak Sumur lingkungan umur lapan tahun ke atas. Para peserta mengikuti bengkel kemahiran Program Ulead Photo Express.

Para Peserta  IT Penjana Kreadibaliti Belia
Para Peserta  IT Penjana Kreadibaliti Belia

Para Peserta  IT Penjana Kreadibaliti Belia

Program berkenaan diadakan julung kalinya hari ini untuk perkhidmatan kepada masyarakat dalam bidang teknologi.

Melalui program tersebut dapat mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan masyarakat dan mengisi aktiviti cuti persekolahan dengan perkara yang berfaedah.

bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa perlaksana program ini

Ahad, 2 Disember 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang, Kedatangan Terbaik Dan PASCA 2012M/1433H-1434


8.00 Pagi : Kehadiran Murid-Murid Ke Dewan
  : Kehadiran Guru-Guru
  : Mengambil Kehadiran Murid
8.30 Pagi  : Kehadiran Pemangku Guru Besar
  : Kehadiran Penolong Guru Besar
  : Acara Dimulakan
  - Bacaan Surah Al-Fatihah
  - Majlis Penyampaian Hadiah Dimulakan
  - Majlis Pengumuman Anugerah Murid Cemerlang
    Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012M/1432H,
  - Anugerah Kehadiran Terbaik Serta Penyampaian Hadiah.
  - Bacaan Doa Selamat
  - Majlis Bersurai

Majlis Penyampaian SSSRU DH 6 2011M/1432H


7.00-7.30 Pagi  : Kehadiran Murid-murid Yang Diraikan.
7.45 Pagi         :  Kehadiran Guru-guru Serta Murid-murid Ke Dewan
8.00 Pagi         : Kehadiran Pemangku Guru Besar  Dan Penolong Guru Besar.
                       : Kehadiran Tetamu Khas Majlis
                         Yang Mulia
                        Cikgu Haji Sufri Bin Amit @ Othman
                        Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei II
                      : Acara Dimulakan,
                             - Bacaan Surah Al-fahihah
                             - Ucapan Alu-aluan Oleh Pemangku Guru Besar.

                             - Ucapan Daripada Tetamu Khas Majlis

                             - Majlis Penyampian Sijil


                            - Majlis Pengumuman Anugerah Murid Cemerlang     
                              Dalam Peperiksaan SSSRU Tahun 2011M/1432 
                              Serta Penyampian Hadiah.
                            - Penyampian Cenderahati
                            - Sesi Bergambar Bersama Tetamu Khas, Pemangku
                              Guru Besar, Penolong Guru Besar,
                              Guru Dan MuridMurid Yang Diraikan.
                            - Bacaan Doa Selamat
                            - Majlis Bersurai

Ahad, 18 November 2012

Walkthon Maal Hijrah 1434H

Majlis Berlangsung Di Masjid Kg Bunut Hingga Ke Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Damit, 
Bebatik Kilanas.

Majlis Bermula Dengan Solat Subuh,
Ceramah Khat Maal Hijrah
Solat Doha
Senaman Memanaskan Badan
Walkthon Dimulakan.






Sesi Motivasi Bagi Murid Darjah 6 Sebelum SSSRU

Majlis Motivasi Bagi Murid-Murid Darjah 6, Sekolah Ugama Beribi Telah pun berlangsung pada 7hb November 2012, bertempat Dewan Fathul Buysra, Sekolah Ugama Beribi.










Penceramah Undangan Cikgu Haji Ali Yusri, Merupakan Guru yang tersuhor dalam bidang kauseling mana-mana bahagian pun.

Solat Maghrib Berjemaah Dan Solat Hajat Bagi Murid Darjah 6

Solat Hajat dan membaca yassin  bagi murid-murid darjah 6, 
yang akan menduduki peperiksaan SSSRU 2012/1433H..

Acara ini telah pun berlangsung di masjid Jame 'Asri Hassanal Bolkiah Kg Kiarong. yang mana dihadiri oleh murid-murid bersama ibubapa dan penjaga kawasan Brunei III.



Sabtu, 27 Oktober 2012

Imbasan Kembali Sesi Lawatan SUT KHEU


14 Ogos 2006, Isnin - Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ishaaq bin Haji Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama petang kelmarin telah mengadakan lawatan ke Sekolah Ugama Beribi, Jalan Gadong, Negara Brunei Darussalam.

Ketibaan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ishaaq bin Haji Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama ke sekolah Ugama Beribi dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Haji Sufri bin Haji Besar, Guru Besar Sekolah Ugama tersebut, Dayang Hajah Kasmah bte Haji Siput, Pengarah Pengajian Islam, dan Pegawai-Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Program lawatan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama ke Sekolah Ugama Beribi dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dipimpin oleh Guru Besar Sekolah Ugama Beribi, Awang Haji Sufri bin Haji Besar. Ini diikuti dengan taklimat mengenai visi, misi dan pencapaian sekolah ugama berkenaan.

Dalam taklimat tersebut Awang Haji Sufri bin Haji Besar telah menyentuh mengenai program-program kecemerlangan yang telah dan sedang dijalankan di Sekolah Ugama Beribi antaranya Program Muratal Al-Quran, Amali Ugama, Program Pemantauan Murid dan Program Kerohanian. Sekolah Ugama Beribi juga mengadakan Program Pendidikan Khas bagi murid-murid bekeperluan khas khususnya pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran serta murid yang mempunyai masalah intelek seperti 'down syndrome'. Ini adalah bagi mempastikan murid-murid berkeperluan khas di Negara ini tidak ketinggalan dalam pendidikan agama.

Ini diikuti dengan sesi soaljawab dan perbincangan diantara Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ishaaq, Timbalan Setiausaha beserta rombongan dengan pihak sekolah.

Dalam sesi perbincangan tersebut, Dato Paduka Awang Haji Ishaaq telah memberi penekanan terhadap perancangan dalam mencapai matlamat kecemerlangan sekolah, pengurusan sekolah khususnya dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran serta mempastikan persekitaran sekolah yang bersih dan cantik. Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama juga menyarankan agar pihak sekolah mengamalkan Program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keindahan dengan sempurna. Program 3K bertujuan agar sekolah mampu memberi suasana keceriaan kepada murid-murid sekolah agar murid-murid gembira berada di persekitaran sekolah ugama. Ini adalah bagi mencapai hasrat agar sekolah-sekolah ugama di Negara ini boleh dijadikan modal atau sekolah tauladan. Dari segi program pembelajaran, sekolah ugama disarankan untuk melantik dan melatih murid-murid dari kecil lagi dalam mengadakan kelas-kelas pembelajaran Al-Quran untuk meningkatkan prestasi dan kewibawaan murid-murid.

Sekolah Ugama Beribi mula dibuka pada tahun 1990 dengan penempatan dibangunan sementara. Sekolah Ugama Beribi kemudiannya berpindah ke bangunan kekal pada tahun 1995 yang dibuka rasmi pada 26 september 1996. Keramaian guru-guru dan kakitangan sekolah ugama tersebut ialah seramai 65 orang. 12 orang daripadanya adalah guru berijazah dan 51 orang merupakan guru ugama terlatih yang memiliki Sijil Perguruan Ugama. Keramaian murid di sekolah tersebut seramai 1442 orang yang menempatkan 516 orang murid pada sesi pagi dan 926 orang murid pada sesi petang.

Bangunan Sekolah Ugama Beribi yang ada pada masa ini mempunyai 3 blok yang menempatkan bilik guru besar, pentadbiran, perpustakaan dan bilik-bilik darjah.

Visi Sekolah Ugama Beribi ialah "Kearah Kewibawaan, Kemuliaan dan Kecemerlangan". Manakala Moto Sekolah ialah "Kreatif, Inovatif, Aspirasi Kecemerlangan".

Jumaat, 5 Oktober 2012

Anugerah Guru Contoh

Pihak Sekolah telah menilai dan mengamati serta berusaha mencari siapa kah yang layak bagi penerima Anugerah Guru Contoh pada tahun ini.

Guru yang terpilih ini mencapai Gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.Kemitmen yang padu dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam usaha melaksanakan tugas yang diamanakan.

Guru ini juga memiliki pengelaman menjadi guru kanan sejak beberapa tahun yang lalu, bermula dari beliau ditugaskan di sekolah ini sehinggalah ke saat ini. Sentiasa mempunyai idea yang bernas dlam memajukan sekolah terutama pada memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan cantik dan bersih.

Berpengelaman luas dalam pengurusan sekolah dan beliau juga boleh menjadi pakar rujuk bagi guru-guru dan pentadbiran sekolah.

Selain tugas guru ini menjalankan komitmen sebagai guru kanan, beliau juga tidak mengabaikan tugasan penting sebagai seorang pendidik bila mana beliau berinisiatif menjdikan kelas beliau menjadi sebuah kelas yang ceria dan cantik bagi sesi pembelajaran diadakan.

Guru ini juga dapat menjadi penggerak kepada guru-guru lain dalam menjalan kan tugas yang diberikan dan berupayaan menjadi ketua yang baik.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru contoh dan guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA CIKGU MOHD ZAIDI BIN HAJI SAMAN
Penenrima Anugerah Guru Contoh 

Anugerah Guru Kanan Cemerlang

Pihak pentadbiran sekolah telah pun membuat penilaian dan mengamati penelitian yang teperinci bahawa,
Guru yang terpilih ini mencapai gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pentadbiran sekolah.

Komitmen yang padu dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam usaha melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu seta tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu tidak kira kepada sesama guru mahupun kepada pihak luar yang memerlukan. dalam erti kata lain tidak cama mata bagi memeduli kepentingan organg yang memerlukan.

Mempunyai idea yang bernas dan pengetahuan yang luas dalam apa jua bidang dan sering menjadi tempat rujukan dikalangan guru-guru.

Berbakat dalam bidang perhiasan, diantara sumbangan yang beliau jalankan bagi memajukan sekolah ini adalah nampak ketara pada salah sebuah bilik di sekolah ini.( Makmal Komputer).

Walaupun guru ini sibuk dengan tugasan sampingan sebagai guru kanan namun kreadibiliti beliau terserlah apabila beliau tetap memenuhi undangan dalam memberikan kursus pada pihak-pihak yang memerlukan kepakaran beliau.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru kanan cemerlang adalah dengan ini, guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA AWG HAJI MASFOURTEEN BIN AWG HAJI MOHD YUSOF.
Penenrima Anugerah Guru Kanan Cemerlang 

Anugerah Guru Cemerlang Dalam Pengajaran

Anugerah Guru Cemerlang Dalam Pengajaran 
terbahagi Kepada Dua Anugerah iaitu:-

  1. Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Bawah
  2. Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Atas
Pihak sekolah telah pun bermurah hati menganugerahkan guru cemerlang berdasarkan berbagai aspek dan sudut yang dinilai.

Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Bawah 
Bagi Guru yang dimaksudkan ini telah mencapai gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Pencapaian guru ini dalam markah peratus keseluruhan murid lulus dalam pperiksaan adalah sebanyak 89%.

Walaubagaimana pun terdapat persaingan hebat diantara guru-guru yang lain dalam pencapaian markah ini tapi setelah diteliti dan dinilai dari berbagai sudut yang berbeza, maka guru ini layak untuk menerima anugerah ini.

Bertugas lebih kurang pengelaman 2 tahun lebih, guru ini walaupun masih berkhidmat diperingkat baru namun komitmen yang diberikan dalam kualiti pengajaran patut dibanggakan selain aktif melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sekolah yang dijalankan.

Guru ini dapat memahami setiap arahan yang diberikan dengan baik dan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memantapkan ilmu dalam bidang pengajaran dan ringan tulan membantu keperluan guru-guru yang lain.

Jika diberi peluang, guru ini berpontensi akan lebih menyerlah dengan lebih baik dan bersinar dalam bidang perguruan. Syabas diucapkan.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru cemerlang dalam pengajaran bagi darjah rendah bawah guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA CIKGU AK HAJI NORAIMAN BIN PG HAJI OTHMAN.
Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Bawah 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Atas
Guru yang terpilih ini telah pun mencapai gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Pencapaian guru ini dalam markah peratus murid lulus dalam peperiksaan adalah sebanyak 86%.

Matapelajaran yang beliau ajar merupakan diantara matapelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.

Boleh dikatakan peratus rangking matapelajaran yang diajar oleh guru ini adalah diantara peratus markah mata pelajaran yang paling tertinggi dalam setiap kali peperiksaan bertulis dijalankan.

Guru ini banyak menggunakan rujukan-rujukan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar bagi memantapkan lagi pengajaran beliau, tidak bergantung semata-mata terhadap buku teks.

Purata markah lulus murid juga adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan 6 markah matapelajaran bertulis yang lainnya.

Dari segi komitmen, guru ini menjalankan komitmen sebagai guru kanan, beliau juga tidai mengabaikan tugasan penting sebagai seorang pendidik bilamana beliau berinisiatif menjadikan kelas pengajaran beliau menjadi sebuah kelas yang ceria dan meriah semasa sisi pembelajaran diadakan.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru cemerlang dalam pengajaran bagi darjah rendah atas guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA CIKGU NOORISNASUHERNI BTE HAJI JAMALUDIN.
Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Atas.

Isnin, 1 Oktober 2012

Majlis Sambutan Hari Guru 1433H/2012M

Majlis Tersebut Telah Berlangsung Pada
27hb Oktober 2012M Bersamaan Dengan 10 Zulkaedah 1433H
Dewan Sekolah Fathul Byusra.

Sabtu, 22 September 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua warga guru di Negara Brunei Darusalam. 
Semoga usaha kita di terima oleh Allah Jua, Amin

Jumaat, 27 Julai 2012

Sukan Ria 2012


Majlis Peresmian Sukan Ria telah disempurnakan oleh yang mulia Pemangku Guru Besar dan Bersama Ketua-Ketua Rumah Merah Cikgu Hj Ahmsani,, Rumah Kuning Pemangku Guru Besar Sendiri ,, Rumah Biru Cikgu Zidi ,, Dan  Rumah Hijau Cikgu Rosman