Sejarah


Sekolah Ugama Beribi Gadong bangunan sementara mula dibuka pada tahun 1990 iaitu sesi petang sahaja dengan keramaian muridnya 198 orang, 102 orang murid lelaki dan 96 orang murid perempuan. Keramaian guru pada masa itu seramai 10 orang termasuk Guru Besar yang mula-mula sekali bertugas di sekolah ini iaitu Cikgu Haji Metali bin Haji Kamis.


 Pada hari Rabu, 02 Januari 1991 barulah Sekolah Ugama Beribi Gadong memulakan pembelajarannya pada sesi pagi dengan keramaian muridnya 118 orang dengan jumlah guru seramai 6 orang sahaja. Darjah-darjah yang dibukakan pada sesi pagi ini hanyalah darjah IV,V dan VI sahaja. Pada tahun 1992, keramaian murid pagi ialah 131 orang dengan jumlah guru seramai 7 orang. Pada tahun 1993, keramaian murid pagi ialah 222 orang dengan gurunya seramai 8 orang. Pada tahun 1994, keramaian murid hanya 60 orang dengan gurunya seramai 5 orang. Pada tahun 1996, sesi pagi membuka darjah Pra dan darjah I. Pada 09 Januari 1994 bersamaan 27 Rejab 1414, 


Sekolah Ugama Beribi terpilih sebagai Sekolah Tauladan dalam kategori bangunan sementara. Pada bulan Julai 1994, perletakan batu asas bagi Sekolah Ugama Beribi Gadong bangunan kekal telah dilaksanakan oleh Pengarah Pengajian Islam. Pada 12 Ogos 1995 bersamaan 15 Rabiulawal 1416, penyerahan anak kunci Sekolah Ugama Beribi bangunan kekal telah dilaksanakan oleh Pengarah Kerja Raya kepada Pengarah Pengajian Islam. Pada 28 September 1995, guru-guru dan murid-murid berpindah ke bangunan baru Sekolah Ugama Beribi dan bermulalah pembelajaran ugama di sekolah tersebut dengan dua sesi persekolahan, iaitu pagi dan petang yang juga ditadbir oleh dua orang Guru Besar, seorang sesi pagi dan seorang sesi petang.


Bermula 04 Mac 1996 hinggalah tahun 2006,Sekolah Ugama Beribi sesi pagi dan petang diletakkan di bawah satu pentadbiran dengan seorang Guru Besar sahaja. Majlis pembukaan rasmi bengunan kekal Sekolah Ugama Beribi Gadong diadakan pada hari Khamis, 26 September 1996M bersamaan 13 Jamadilawal 1417H oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Haji Kamaluddin Ibni Al Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin. 


Perasmian Sekolah Ugama Beribi Gadong adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 50 tahun.