Ahad, 28 April 2013

Aktiviti Komiti Lepasan Pelajar Sek.Ug.Beribi

Pelajar-pelajar lepasan sekolah ugama ada dikalang mereka memikirkan apakah aktiviti yang hendak mereka lakukan selepas tamat sekolah ugama darjah 6. Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan yang sama  tidak tahu apa yang hendak dibuat.



 Oleh itu pihak sekolah berinisiatif mengemukakan program ini, yang mana melibatkan lepasan pelajar yang sudah tamat persekolahan ugama darjah 6.   Sebagai langkah awal pihak sekolah melibatkan mereka dengan kegiatan bahagian pusat sumber Fathul Byusra.








Pusat sumber sekolah merupakan tempat di mana pelbagai perkhidmatan dapat diperolehi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan melahirkan pendidikan yang bermutu. Di pusat sumber juga seharusnya pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pusat sumber dan menggunakan beraneka media yang terdapat di pusat sumber.

Selaras dengan ini maka dicadangan agar "Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah Ugama Beribi" dapat ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam aktiviti Unit ICT Dan Multimedia.


KLP Zatu, telah pun mengarahkan murid-murid menulis nama mereka , kemudian mentasmik bacaan surah al-fatihah.

Komiti telah menjalankan aktiviti perisian bagi murid-murid sesi petang dengan aktiviti lagu-lagu dakwah/nasyeed. Dengan objektif murid-murid berzikir memperingati Allah subahanahu wataala





Ahli Komiti membuat persiapan untuk aktivit nasyed murid-murid lelaki



Penubuhan " Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah Ugama Beribi" ini timbul bagi penglibatan pelajar dan guru-guru sekolah kearah membina pusat penjana ilmu yang menyeluruh. Dalam pada itu juga, memandangkan keadaan Pusat Sumber Sekolah yang tidak begitu sempurna. Dengan penubuhan program ini nanti pelajar-pelajar yang menjadi anggota program akan dapat membantu guru Penyelaras Pusat Sumber dalam memaksimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, disamping melatih pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang mana ia sangat berguna pada masa hadapan. Tambahan lagi mengiatkan lagi lepasan pelajar ini kearah berkhidmat secara sukarela dan terus beribadah serta beramal.

Lawatan Cadangan Program Insyrah



 Ada pun tujuan lawatan ini ,, pihak sekolah dimaklumkan dan mencadangkan beberapa jalan yang terbaik untuk melaksankan program Insyrah ini. walaupun pihak sekolah belum dapat dilaksanakan. Cuma telah melaksanakan program yang seakan sama dengan insyrah,,, Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah Ugama Beribi, Gadong.


Program Senegara Ratibul Atas







 Ada sebahagian daripada murid-murid ini membaca Ratibul Atas di dalam dewan kerana selepas itu mereka akan meneruskan pembelajaran al-quran disana.

 Murid-murid bersama-sama gurunya membaca Ratib walaupun perlahan, dipimpin oleh guru darjah masing-masing.

Latihan Kemahrian Ulead Photo, JKPSSU Br III

“ICT PENJANA KREADIBILITI GURU-GURU”

Ucapan Daripada Yang Mulia Cikgu Haji Sufri Bin Amit@Othman
Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei III
Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Negara Brunei Darussalam.
Kursus ini termasuk dalam perancangan tahunan badan ICT dan Publisiti, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III. Program ini adalah merupakan pertama kali diadakan untuk guru-guru. Memandangkan hal sedemikian amat diperlukan bagi membantu serta meningkatkan kemampuan skill dalam penyedian kerja sekolah atau tujuan yang bersesuaian. Dengan adanya program ini juga, warga sekolah akan lebih akrab serta dapat bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan kemampuan bersama.


OBJEKTIF PROGRAM 
1.1         Mengeratkan Silaturahim bersama warga sekolah.
1.2         Memberikan Khidmat Kemahiran Kepada Guru-Guru yang memerlukan.
1.3         Cara Penyediaan alat Bantu Mengajar yang cepat dan mudah.

SASARAN
Sasaran utama guru-guru ugama kawasan Brunei III yang mengajar semua matapelajaran iaitu seramai 32 orang Daripada 16 Buah Sekolah.

Makmal Komputer ICT & Multimedia
Sekolah Ugama Beribi

1.               Definisi, Fungsi Tujuan Penggunaan Ulead Photo Express.
2.               Asas penggunaan Ulead Photo Express
3.               Kelebihan Penggunaan Ulead Photo Express.


Program ini telah pun berlangsung pada 24-25hb April 2013M/13-14 JamadilAkhir 1434H, 
Bermula 8.00 pagi Hingga 10.30 pagi
Anjuran
Bahagian ICT & Publisiti, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama, Kawasan Brunei III.

Pemudah Cara
Awg Haji Masfourteen Bin Awg Haji Mohd Yusof
Guru ICT & Multimedia
Dan Dibantu Oleh Awg Mohd Ali Rashid Bin Haji Mohammad
Sekolah Ugama Beribi Gadong.



Isnin, 1 April 2013

RTB Membuat Rakaman Unit Pendidikan Khas



Pada 26hb Mac 2013 RTB telah membuat rakaman bagi murid pendidikan khas oleh Penerbit RTB Yang Mulia Haji Aisa Bin Haji Mohsin Dan Yang Mulia Haji Jalilani Bin Haji Othaman. Pengambaran ini adalah untuk rancangan TV Asian iaitu I GOt It, RTB2.

Turut Sama Hadir
Yang Mulia Cikgu Haji Sufri Bin Amit/Othman.
PPID Brunei III, JPI

Yang Mulia Cikgu Haji Suffri Sofian Bin Haji Md Omar 
Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, JPI

Yang Mulia Cikgu Haji Metassan Bin Haji Chuchu
Yang Mulia Cikgu Hjh Normadiah Bte Haji Bini
Pegawai Unit Pendidikan Khas Ugama, JPI

Lawatan Awal Persiapan Rakaman UPKU

Lawatan Awal Unit Pendidikan Khas Ugama Ke sekolah ini, memantau bagaimana pembelajaran UPK dan memastikan persiapan awal sebelum rakaman diadakan.


 Turut hadir pada hari tersebut
Yang Mulia Cikgu Haji Md Suffri Sofian Bin Hj Md Umar 
Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama
Jabatan Pengajian Islam


 Yang Mulia Cikgu Haji Metassan bin Haji Chuchu
Yang Mulia Cikgu Hjh Normadiah Bte Haji Bini