Jumaat, 5 Oktober 2012

Anugerah Guru Contoh

Pihak Sekolah telah menilai dan mengamati serta berusaha mencari siapa kah yang layak bagi penerima Anugerah Guru Contoh pada tahun ini.

Guru yang terpilih ini mencapai Gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.Kemitmen yang padu dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam usaha melaksanakan tugas yang diamanakan.

Guru ini juga memiliki pengelaman menjadi guru kanan sejak beberapa tahun yang lalu, bermula dari beliau ditugaskan di sekolah ini sehinggalah ke saat ini. Sentiasa mempunyai idea yang bernas dlam memajukan sekolah terutama pada memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan cantik dan bersih.

Berpengelaman luas dalam pengurusan sekolah dan beliau juga boleh menjadi pakar rujuk bagi guru-guru dan pentadbiran sekolah.

Selain tugas guru ini menjalankan komitmen sebagai guru kanan, beliau juga tidak mengabaikan tugasan penting sebagai seorang pendidik bila mana beliau berinisiatif menjdikan kelas beliau menjadi sebuah kelas yang ceria dan cantik bagi sesi pembelajaran diadakan.

Guru ini juga dapat menjadi penggerak kepada guru-guru lain dalam menjalan kan tugas yang diberikan dan berupayaan menjadi ketua yang baik.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru contoh dan guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA CIKGU MOHD ZAIDI BIN HAJI SAMAN
Penenrima Anugerah Guru Contoh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan