Jumaat, 5 Oktober 2012

Anugerah Guru Cemerlang Dalam Pengajaran

Anugerah Guru Cemerlang Dalam Pengajaran 
terbahagi Kepada Dua Anugerah iaitu:-

  1. Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Bawah
  2. Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Atas
Pihak sekolah telah pun bermurah hati menganugerahkan guru cemerlang berdasarkan berbagai aspek dan sudut yang dinilai.

Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Bawah 
Bagi Guru yang dimaksudkan ini telah mencapai gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Pencapaian guru ini dalam markah peratus keseluruhan murid lulus dalam pperiksaan adalah sebanyak 89%.

Walaubagaimana pun terdapat persaingan hebat diantara guru-guru yang lain dalam pencapaian markah ini tapi setelah diteliti dan dinilai dari berbagai sudut yang berbeza, maka guru ini layak untuk menerima anugerah ini.

Bertugas lebih kurang pengelaman 2 tahun lebih, guru ini walaupun masih berkhidmat diperingkat baru namun komitmen yang diberikan dalam kualiti pengajaran patut dibanggakan selain aktif melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sekolah yang dijalankan.

Guru ini dapat memahami setiap arahan yang diberikan dengan baik dan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memantapkan ilmu dalam bidang pengajaran dan ringan tulan membantu keperluan guru-guru yang lain.

Jika diberi peluang, guru ini berpontensi akan lebih menyerlah dengan lebih baik dan bersinar dalam bidang perguruan. Syabas diucapkan.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru cemerlang dalam pengajaran bagi darjah rendah bawah guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA CIKGU AK HAJI NORAIMAN BIN PG HAJI OTHMAN.
Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Bawah 
-------------------------------------------------------------------------------------------
Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Atas
Guru yang terpilih ini telah pun mencapai gred A+ dalam penilaian pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Pencapaian guru ini dalam markah peratus murid lulus dalam peperiksaan adalah sebanyak 86%.

Matapelajaran yang beliau ajar merupakan diantara matapelajaran yang wajib lulus dalam peperiksaan.

Boleh dikatakan peratus rangking matapelajaran yang diajar oleh guru ini adalah diantara peratus markah mata pelajaran yang paling tertinggi dalam setiap kali peperiksaan bertulis dijalankan.

Guru ini banyak menggunakan rujukan-rujukan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar bagi memantapkan lagi pengajaran beliau, tidak bergantung semata-mata terhadap buku teks.

Purata markah lulus murid juga adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan 6 markah matapelajaran bertulis yang lainnya.

Dari segi komitmen, guru ini menjalankan komitmen sebagai guru kanan, beliau juga tidai mengabaikan tugasan penting sebagai seorang pendidik bilamana beliau berinisiatif menjadikan kelas pengajaran beliau menjadi sebuah kelas yang ceria dan meriah semasa sisi pembelajaran diadakan.

Diatas kecemerlangan ini menjadikan guru ini layak menerima anugerah guru cemerlang dalam pengajaran bagi darjah rendah atas guru yang dimaksudkan ialah

YANG MULIA CIKGU NOORISNASUHERNI BTE HAJI JAMALUDIN.
Penenrima Anugerah Guru Cemerlang Pengajaran Bagi Rendah Atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan