Jumaat, 7 Disember 2012

Program Sekolah Mesra IT Bersama Masyarakat








Sekolah Ugama Beribi (SUB) Kawasan Brunei III dengan kerjasama Komiti Belia Teratak Sumor, Pasukan Hadrah dan Dikir Nurul Insan Teratak Sumor, Kampung Bunut memanfaatkan cuti persekolahan dengan mengadakan Program Mesra IT bersama masyarakat.

Program tersebut yang diadakan di Makmal Komputer ICT dan Multimedia SUB, Brunei III dengan tema "IT Penjana Kreadibiliti Belia" dikendalikan oleh guru IT dan Multimedia sekolah berkenaan iaitu Awang Haji Masfourteen bin Awang Haji Yusuf dan Dayang Noorasniyati bin Tarip iaitu guru Sekolah Stella sebagai pemudah cara bengkel tersebut.

Seramai 25 orang peserta mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada ahli keluarga Teratak Sumur lingkungan umur lapan tahun ke atas. Para peserta mengikuti bengkel kemahiran Program Ulead Photo Express.

Para Peserta  IT Penjana Kreadibaliti Belia
Para Peserta  IT Penjana Kreadibaliti Belia

Para Peserta  IT Penjana Kreadibaliti Belia

Program berkenaan diadakan julung kalinya hari ini untuk perkhidmatan kepada masyarakat dalam bidang teknologi.

Melalui program tersebut dapat mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan masyarakat dan mengisi aktiviti cuti persekolahan dengan perkara yang berfaedah.

bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa perlaksana program ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan