Khamis, 12 November 2009

MAJLIS CERAMAH MOTIVASI

Murid-murid Darjah VI sesi pagi telah pun menghadiri Majlis Ceramah Motivasi pada Hari Rabu, 11 November 2009. Ceramah ini telah pun disampaikan oleh seorang Pakar Motivasi dan Kounseling yang diundang khas iaitu Cikgu Emran bin Haji Abdul Rani.

Adapun ceramah ini bermatlamatkan untuk menyuntik semangat murid-murid Darjah VI untuk berfikiran lebih positif, bermotivasi tinggi dan tidak mudah putus asa dalam mengejar kecemerlangan dalam Peperiksaan SSRU nanti.

BEKARIH -- BEJARIH -- BELURIH !!!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SSRU DARJAH VI (2008)

Alhamdulillah, Majlis Penyampaian Sijil SSRU bagi murid-murid Darjah VI sesi pagi tahun 2008 telah pun diadakan pada 7 November 2009 yang lalu.

Photobucket

Photobucket
Ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Murid-Murid Terbaik dalam PSSSRU bersama Tetamu Kehormat dan Guru-Guru

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Rabu, 11 November 2009

MAJLIS SOLAH FARDHU MAGHRIB DAN ISYA' BERJEMAAH

Majlis Solat Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah, Solat Hajat Berjemaah serta membaca surah Yaasin dan Tahlil akan diadakan pada Hari Khamis, 23 Zulkaedah 1430H bersamaan dengan 12 November 2009 bertempat di Masjid Jubli Perak, Kg Jangsak.
Ini adalah bertujuan untuk memohon pertolongan serta keberkatan daripada Allah SWT bagi murid-murid Darjah 6 sesi Pagi dan Petang yang mana akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama yang akan bermula pada 18 November 2009.
Murid-murid Darjah 6 serta guru-guru dikehendaki hadir seawal jam 6 petang iaitu sebelum azan Fardhu Maghrib. Ibu Bapa juga dijemput untuk turut sama hadir bagi meramaikan majlis Solat Berjemaah ini.
Semoga dengan usaha ini murid-murid Darjah 6 akan dilimpahkan kemudahan dalam menghadapi peperiksaan seterusnya akan beroleh kejayaan yang cemerlang. di atas kerjasama para ibu bapa juga kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

MAJLIS SILATURRAHIM MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN

Seperti yang tersebut di atas, majlis ini adalah bagi murid-murid darjah Pra hingga 5 sahaja. ianya akan diadakan pada :

Hari : Khamis.
Tarikh : 23 Zulkaedah 1430H bersamaan dengan 12 November 2009.
Jam : 07.30 - 10.45 pagi (bagi sesi pagi).
02.00 - 05.00 petang (bagi sesi petang).
Tempat : Dewan Fathul Busyra', Sekolah Ugama Beribi Gadong.

Di dalam majlis ini nanti dapatlah para ibu bapa serta penjaga murid-murid berbincang bersama guru-guru dalam hal ehwal pelajaran anak-anak mereka seterusnya mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara guru-guru dan para ibu bapa.



SESI PAGI


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket