Ahad, 26 Julai 2009

NDA


NDA!!


No Drugs At All

katakan NDA! pada najis DADAH....
:)

Sabtu, 25 Julai 2009

Part 2....Bila Mau siap daa...

Banarkah 2 mencahat a?Macamana tah kn siap ne..sorang mencat 2 urg mayungi..ehe p apa bulih buat..panas...pa jua kn daya..takut itam bos...iatah jua teamwork nmanya kn ehe
cuba ikut mcm cgu ane..panas terik bukan halangan..dan saksikan lagi ujung ne..kidum2 lg ia ...dua g payung nya 2...
p/s: payung siapa paling lawa?

Khamis, 23 Julai 2009

Zikir Ratib Al-Attas










Membaca zikir "Ratib Al-Attas" adalah salah satu usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama menjadikan negara ini sebagai sebuah negara zikir sebagaimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sekolah Ugama Beribi tidak ketinggalan menjadikan ratib ini sebagai salah satu dari aktiviti sekolah.Sekaligus dapat menanamkan dalam diri murid-murid tentang kelebihan berzikir.


Adapun kelebihan bagi orang yang mengamalkan Ratib Al-Attas ialah memohon kesejahteraan dan keberkatan Allah Subhanahu Wata’ala kepada pembacanya serta memohon perlindungan bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan harta benda daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kecurian, sihir, penyakit dan bala serta sebagainya.InsyaAllah.

Ratib Al-Attas disusun oleh Al-Habib Umar bin Abdul Rahman Al-Attas yang meninggal dunia pada 23 Rabiulakhir 1072 yang mengandungi himpunan-himpunan ayat-ayat suci Al-Qur’an, nama-nama Allah Subhanahu Wata’ala dan zikir-zikir.

Sembahyang Maghrib dan Sunat Hajat Anjuran JPI,KHEU










Jame 'Asr Hassanil Bolkiah 21 Julai 2009,pegawai-pegawai JPI dan guru-guru ugama menunaikan solat fardhu Magrib dan Solat sunat Hajat dan doa tolak bala bagi sama-sama memohon perlindungan daripada Allah 'Azza Wajalla akan penyakit yang menimpa dunia khususnya negara kita sendiri iaitu penyakit Selesma Babi(Influenza'A' H1N1).
Dengan izinnya negara kita akan terselamat daripada bala bencana.

Khamis, 16 Julai 2009

Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM 63 tahun.

Hari Selasa Malam Rabu 22 Rajab 1430/14Julai 2009,di Jame' Asr Hassanil Bolkiah,Kg.Kiarong.Rakyat Negara Brunei Darussalam khususnya guru-guru Sekolah Ugama Beribi sama-sama Hadir bagi memeriahkan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Magrib berjemaah,membaca Surah Yaasin,Tahlil Dan Doa kesyukuran sempena Ulangtahun Baginda Sultan yang Ke63 tahun.

Sembahyang Fardhu Magrib telah diimamkan oleh YB PSKDPSS Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.Dan Sembahyang sunat Hajat Diimamkan oleh YDM POKPSUDPSS Awang Haji Salim bin Haji Besar.Manakala Bacaan Surah Yaasin Dan Tahlil Di pimpin oleh YB PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah DP Haji Osman.Seterusnya bacaan Doa Kesyukuran oleh YB PDSMDPSS(DR)Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Jemaah Bersama-sama membaca Surah Yaasin dan Tahlil.

Kelihatan Guru-guru juga sama-sama Mengucapkan rasa Syukur dan merasa gembira pada Malam Tersebut bagi meraikan Ulang Tahun Baginda Sultan Yang sangat dikasihi.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Jelas Kelihatan Keindahan Jame' Asr Hassanil Bolkiah Di waktu malam