Khamis, 23 Julai 2009

Zikir Ratib Al-Attas










Membaca zikir "Ratib Al-Attas" adalah salah satu usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama menjadikan negara ini sebagai sebuah negara zikir sebagaimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sekolah Ugama Beribi tidak ketinggalan menjadikan ratib ini sebagai salah satu dari aktiviti sekolah.Sekaligus dapat menanamkan dalam diri murid-murid tentang kelebihan berzikir.


Adapun kelebihan bagi orang yang mengamalkan Ratib Al-Attas ialah memohon kesejahteraan dan keberkatan Allah Subhanahu Wata’ala kepada pembacanya serta memohon perlindungan bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan harta benda daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kecurian, sihir, penyakit dan bala serta sebagainya.InsyaAllah.

Ratib Al-Attas disusun oleh Al-Habib Umar bin Abdul Rahman Al-Attas yang meninggal dunia pada 23 Rabiulakhir 1072 yang mengandungi himpunan-himpunan ayat-ayat suci Al-Qur’an, nama-nama Allah Subhanahu Wata’ala dan zikir-zikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan