Rabu, 8 Julai 2009

Lawatan Jabatan Pendidikan Kawasan VIII,(department of Education (DepEd) Region VIII) Republik Fililpina

ROMBONGAN Jabatan Pendidikan Filipina (DepEd) Region VIB semasa mengadakan lawatan ke Sekolah Ugama Beribi .
(Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

oleh: UPA, BPAA

Sabtu, 14 Februari 2009 - Delegasi seramai 32 orang daripada Jabatan Pendidikan Kawasan VIII, Republik Filipina yang diketuai oleh Dr. Sol F. Matugas, Regional Director telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Ugama Beribi pada pagi Sabtu, 14 Februari 2009.

Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Celeste Vinzon Balatbat, Charge d' Affaires, a.i., Kedutaan Republik Filipina di Bandar Seri Begawan.

Ketibaan rombongan telah disambut dengan pukulan hadrah dan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Rusita binti Haji Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Dayang Hajah Doriani binti Haji Julaihi, Guru Besar Sekolah Ugama Beribi, serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan guru-guru sekolah tersebut.

Aturcara lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar sekolah tersebut Yang Mulia Dayang Hajah Doriani binti Haji Julaihi.

Ini diikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan Dr. Sol F. Matugas, Regional Director. Dalam ucapan balas beliau telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada rombongan dan menerangkan tujuan delegasi yang terdiri daripada peringkat Kawasan, Zon, dan Pengetua dalam sama-sama mempelajari sistem pendidikan ugama di sekolah-sekolah ugama di negara ini.

Pendapatan daripada lawatan dan pengalaman tersebut, diharapkan peserta rombongan dapat mempelajari pengelolaan pendidikan ugama (Islamic Value) di negara ini untuk diterapkan ke dalam sistem baru pendidikan Republik Filipina terutamanya pelajaran bahasa Arab.

Acara diteruskan dengan penyampaian taklimat mengenai Sekolah Ugama Beribi yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Juhaida binti Haji Jahamit. Rombongan seterusnya di bawa melihat persekitaran sekolah, bilik-bilik darjah dan kemudahan-kemudahan di sekolah tersebut. Lawatan delegasi berkenaan di akhiri dengan bergambar ramai
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan