Khamis, 16 Julai 2009

Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM 63 tahun.

Hari Selasa Malam Rabu 22 Rajab 1430/14Julai 2009,di Jame' Asr Hassanil Bolkiah,Kg.Kiarong.Rakyat Negara Brunei Darussalam khususnya guru-guru Sekolah Ugama Beribi sama-sama Hadir bagi memeriahkan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Magrib berjemaah,membaca Surah Yaasin,Tahlil Dan Doa kesyukuran sempena Ulangtahun Baginda Sultan yang Ke63 tahun.

Sembahyang Fardhu Magrib telah diimamkan oleh YB PSKDPSS Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.Dan Sembahyang sunat Hajat Diimamkan oleh YDM POKPSUDPSS Awang Haji Salim bin Haji Besar.Manakala Bacaan Surah Yaasin Dan Tahlil Di pimpin oleh YB PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah DP Haji Osman.Seterusnya bacaan Doa Kesyukuran oleh YB PDSMDPSS(DR)Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Jemaah Bersama-sama membaca Surah Yaasin dan Tahlil.

Kelihatan Guru-guru juga sama-sama Mengucapkan rasa Syukur dan merasa gembira pada Malam Tersebut bagi meraikan Ulang Tahun Baginda Sultan Yang sangat dikasihi.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Jelas Kelihatan Keindahan Jame' Asr Hassanil Bolkiah Di waktu malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan