Khamis, 18 September 2014
Khamis, 7 Ogos 2014
Khamis, 17 Julai 2014
Isnin, 14 Julai 2014
Sabtu, 17 Mei 2014
Khamis, 15 Mei 2014
Program Senegara, Solat Hajat Membaca Yassin
Perisian Program Senegara
Solat Hajat Dan Doanya
Membaca Yassin
Doa Sempena Hari Keluarga
Doa Peliharakan Sultan.
Agama
islam sangat memberi perhatian dalam pembinaan dan pembangunan sesebuah
institusi keluarga. Keluarga adalah institusi terpenting bagi sesebuah
masyarakat yang bertanggungjawab melahirkan, mengasuh, mendidik dan membesarkan
generasi yang bakal meneruskan kesinambungan tamadun manusia pada masa akan
datang. Kekukuhan dan kerapuhan sesebuah institusi keluarga memberi kesan yang
besar dalam membentuk hala tuju suatu bangsa. Keperihatinan islam mengenai
kepentingan institusi keluarga dapat dilihat melalui cara hidup Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersama keluarga baginda.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah
contoh tauladan kepada umat manusia. Selain menjadi seorang rasul, nabi dan
ketua negara, baginda juga telah menunjukkan peribadi yang baik terhadap
keluarganya sebagai seorang suami, bapa dan sekaligus sebagai ketua keluarga.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang
bermaksud:
Daripada Aisyah Radiallahu Anha katanya:
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik kamu ialah mereka
yang berlaku baik terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik kamu terhadap
keluarga ku. ( Riwayat Al-Imam At-Tirmizi )
Muslimin yang berbahagia,
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah
seorang suami yang bertanggungjawab. Antara sifat baginda ialah tidak camah
mata kepada ahli keluarga baginda, sebagaimana dalam satu riwayat daripada
Al-Aswad bin Zaid beliau telah bertanya kepada isteri baginda, Saiditina Aisyah
Radiallahu Anha yang maksudnya:
Apa yang Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam kerjakan
dirumahmu? Aisyah Radiallahu Anha menjawab: Baginda melayani isterinya yakni
membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu
sembahyang baginda pun keluar sembahyang kemasjid. ( Riwayat Al- Imam Al-
Bukhari )
Beginilah kehidupan harian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai
seorang suami dan ketua keluarga. Baginda ternyata adalah seorang suami yang
sangat baik terhadap ahli keluarganya. Antara contoh dan pengajaran yang dapat
diambil dari sikap dan tingkah laku Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
terhadap keluarga baginda ialah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bertindak sebagai seorang ayah, guru dan seorang suami yang amat penyayang,
sentiasa beramah mesra, bersenda gurau dan berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Baginda juga sentiasa berusaha mendidik para isterinya untuk hidup sederhana
samada dari segi pakaian, tempat tinggal dan makanan.
Sebagai role
model kepada seluruh umat,
baginda telah menunjukkan tanggungjawabnya sebagai suami yang baik lagi
sempurna. Baginda juga telah memelihara keluarganya dari membuat
perkara-perkara yang ditegah oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan menggalakkan
mereka sentiasa beribadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Khamis, 6 Mac 2014
Khamis, 20 Februari 2014
Majlis Lantikan Perefek, Ketua Darjah Dan Penolong Ketua Darjah Serta P3K 2014
Majlis Lantikan Perefek, Ketua Darjah Dan Penolong Darjah Serta P3K 2014
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا
تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ
يَتَوَكَّلُونَ (٢)الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنْفِقُونَ (٣)أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ
رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٤)
“
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut
nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan pada mereka
ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabblah mereka
bertawakal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan
sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang
beriman dengan sebenar benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat
ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rizki (nikmat) yang mulia” (QS.
Al-Anfal: 2-4)
Khamis, 30 Januari 2014
Ceramah Maulud Nabi Muhammad S.A.W 2014
Tajuk Ceramah:
" RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT SEJAGAT"
Majlis ini telah dihadiri semua murid-murid dan guru-guru sekolah ini dengan penuh semangat.
28hb Rabiulawal 1435H
Pihak sekolah telah mengundang salah seorang penceramah yang tidak asing lagi.
Yang Mulia,
Awg A'di Asmat Bin Lamat
Pendakwah Bebas Pusat Dakwah Islamiah
Negara Brunei Darussalam
SEJAK 12 malam yang lalu, alunan merdu Dikir Maulud, bacaan qasidah
dan selawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam bergema di setiap sebutan di bibir para jemaah yang hadir untuk
membesarkan Baginda dan terus bersemarak di seluruh masjid, surau-surau dan
balai-balai ibadat di seluruh negara yang mengandungi puji-pujian ke atas
Baginda pada majlis penuh barakah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, seperti
kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, mukim-mukim dan kampung-kampung
serta pihak swasta dan perseorangan.
Sesungguhnya tiada nikmat di alam
maya ini yang lebih besar daripada nikmat dikurniakan seorang Nabi pembawa
rahmat bagi sekalian alam iaitu Junjungan Besar kita Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam. Tanpa Baginda dan pengorbanannya sudah pasti hari ini kita
tidak akan mampu mengenal erti Islam, iman dan ihsan. Justeru, sebagai umatnya
adalah tidak adil jika kita melupakan jasa-jasa insan pembawa dan pejuang Islam
yang sejati itu.
Kita sebagai umat Islam memang wajib
memperingati kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu
setiap 12 Rabiulawal, kerana Baginda sendiri selaku Nabi tidak pernah melupakan
umatnya hatta tatkala nyawa berada di hujung tanduk, mulut Baginda tidak
henti-henti menyebut kalimah 'ummati, ummati, ummati' yang bermaksud 'umatku'
yang menunjukkan cinta dan kasihnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
terhadap kita.
Dengan tema sambutan Maulud Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1435 Hijriah ini iaitu
'Rasulullah Pembawa Rahmat Sejagat', adalah amat bertepatan kerana Baginda
diutus ke seluruh alam ini untuk membawa rahmat kepada umatnya. Baginda adalah
merupakan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala
kepada seluruh umat manusia, setiap tempat dan masa, bahkan untuk kerahmatan
alam seluruhnya. Oleh itu tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak
mengutamakan cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Antara rahmat yang dibawa oleh
Baginda, ialah nikmat umur yang hanya dipinjamkan kepada umatnya. Pembawa
kedamaian, kemajuan masyarakat dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil
daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diamalkan dalam kehidupan
kita sehari-harian. Di antaranya : Berakhlak mulia dan terpuji; Bersikap sabar
dan tegas menolak kekufuran, kemusyrikan dan segala bentuk kemaksiatan; Gemar
melakukan perkara-perkara yang bermanfaat; Mencintai persaudaraan dan
menghindari permusuhan; Mencintai ilmu pengetahuan. Inilah antara keperibadian
Baginda yang agung dan sangat baik untuk kita teladani selamanya.
Perutusan Baginda ke alammaya ini
juga adalah merupakan rahmat kepada kanak-kanak, remaja, belia, golongan dewasa
lelaki mahupun perempuan. Setiap lapisan generasi manusia mempunyai kedudukan
yang istimewa di sisi Baginda. Bahkan alam dan segala isinya sentiasa
berselawat mendoakan kesejahteraan Baginda kerana akhlak dan tingkah laku mulia
Junjungan Besar ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah sempena Sambutan Maulud
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi
kelmarin menjelaskan bahawa, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah
rahmat kepada alam dan pembawa perubahan-perubahan yang sangat bermakna untuk
dinikmati bersama.
Perubahan-perubahan itu titah
baginda, ialah dari gelap-gelita kepada terang-benderang. Dari perhambaan
kepada kemerdekaan. Dari kufur kepada Islam. Dari membunuh hidup-hidup
kanak-kanak perempuan kepada menyelamatkan mereka. Dari pertelingkahan dan
pembunuhan kepada hidup berbaik-baik.
Dari itu, bersempena dengan Sambutan
Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ini, marilah kita selaku umat
Islam di negara ini untuk sama-sama terus membaca selawat ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan menjadikan Rasulullah
sebagai kekasih kita, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala akan melayakkan
kita mendapat syafaatnya di Padang Mahsyar kelak. Amin Ya Rabbal'alamin!
Isnin, 13 Januari 2014
Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W
Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W
Negara Brunei Darussalam kebiasaannya Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama, mengadakan majlis berdikir selama 12 malam berturut-turut kesemua masjid-masjid dan balai ibadah di negara ini.
sehubungan dengan itu pihak sekolah tidak ketinggalan mengadakan majlis yang serupa.
majlis ini diakhiri dengan majlis penutup dikir
pada 13hb Januari 2014 bersamaan 11hb Rabiulawal 1435H
Rabu, 8 Januari 2014
Sesi Taklimat Dan Pendaftaran Darjah Pra 2014
Al-hamdulilah syukur kepada allah, pihak sekolah telah dapat mengukayahkan sesi ini bersama ibubapa.
sesi taklimat telah dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah
Kemudian penyampaian sesi taklimat oleh Guru Kanan Pentadbiran Sekolah
Yang Mulia, Cikgu Awg Haji Masfourteen Bin Awg Haji Mohd Yusof
Turut hadir ketika itu,
Guru Besar, Yang Mulia Cikgu Pg Hajah Aminah Bte Pg Hj Bakar
Guru-guru Kanan, Guru-Guru Darjah
serta para ibubapa.
Isnin, 6 Januari 2014
Majlis Membaca Yassin Sempena Buka Sekolah 2014
Aktiviti Awal Tahun 2014 dimulakan dengan majlis membaca yassin, memohon kepada Allah, supaya sepanjang tahun diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
Rabu, 2 Oktober 2013
Pertandingan Kuiz Tajwid Rendah Atas
Pertandingan Kuiz Tajwid Rendah Atas telah pun berlangsung pada 2hb Oktober 2013
para peserta diwakili terdiri daripada murid-rendah atas
darjah 4 - 2 orang peserta lekaki dan perempuan
darjah 5 - 2 orang peserta lekaki dan perempuan
darjah 6 - 2 orang peserta lekaki dan perempuan
pemenang keseluruhan telah dijuarai oleh kumpulan lelaki.
tahniah diucapkan.
Selasa, 1 Oktober 2013
Pertandingan Menghafaz Ayat Lazim Rendah Bawah
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Guru Besar dan Yang Mulia Penolong Guru Besar Sekolah Ugama Beibi, Gadong Sesi Pagi
Sabtu, 28 September 2013
Jumaat, 27 September 2013
Late Post >> Majlis Khatam Al-Quran Senegara
Sekolah Ugama Beribi Gadong Pagi Dan Petang Menjadi Pusat majlis tersebut pada bulan Ramadan 1434H yang lepas. Turut hadir Ustaz Haji Sufri Bin Amit @ Othaman. Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei III. Bersama guru-guru serta murid-murid Sekolah Ugama Beribi Gadong
Late Post>> Intensif Latihan Tulisan Jawi
Pemilihan wakil sekolah bagi peraduan tulisan jawi telah diadakan pada tahun 2013M/1434H, yang mana peraduan ini melibatkan semua murid mengikut ketogori masing-masing. peraduan ini di kendalikan oleh guru kanan ko-kurikulum dan dibimbing oleh beberapa orang guru-guru sesi pagi.
Late Post >> Melukis Dan Mereka Kad Sempena Keluaga Ku Harapan Ku
Aktiviti ini telah pun berlangsung yang diselangarakan serentak oleh Jabatan Pengajian Islam.
Kad tersebut yang telah murid-murid buat untuk diserakan kepada ibubapa / penjaga masing sebagai tanda kasih sayang mereka seta menyatakan hasrat dan impian yang ingin mereka hajati.
Late Post >> Kuiz Pelajar SUB Kali Pertama
Alhamduliah Kuiz Pelajar Kali Petama telah pun berjaya diadakan pada tahun ini, kerjasama GK Akademik, GK Ko-Kurikulum dan Bahagian ICT & Multimedia .
Sekalu Tetamu Khas Majlis
Yang Mulia
Cikgu Pg Hjh Aminah Bte Pg Hj Bakar
Guru Besar Sekolah Ugama Berbi
Langgan:
Catatan (Atom)


















_AutoCollage_10_Images.jpg)
_AutoCollage_10_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images_2.jpg)

_AutoCollage_7_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images.jpg)
_AutoCollage_8_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images.jpg)





_AutoCollage_11_Images.jpg)
_AutoCollage_8_Images.jpg)
_AutoCollage_7_Images_3.jpg)
_AutoCollage_7_Images_3.jpg)
_AutoCollage_7_Images_4.jpg)
