Khamis, 15 Mei 2014

Program Senegara, Solat Hajat Membaca Yassin

Perisian Program Senegara
Solat Hajat Dan Doanya
Membaca Yassin
Doa Sempena Hari Keluarga
Doa Peliharakan Sultan.


Agama islam sangat memberi perhatian dalam pembinaan dan pembangunan sesebuah institusi keluarga. Keluarga adalah institusi terpenting bagi sesebuah masyarakat yang bertanggungjawab melahirkan, mengasuh, mendidik dan membesarkan generasi yang bakal meneruskan kesinambungan tamadun manusia pada masa akan datang. Kekukuhan dan kerapuhan sesebuah institusi keluarga memberi kesan yang besar dalam membentuk hala tuju suatu bangsa. Keperihatinan islam mengenai kepentingan institusi keluarga dapat dilihat melalui cara hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama keluarga baginda.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh tauladan kepada umat manusia. Selain menjadi seorang rasul, nabi dan ketua negara, baginda juga telah menunjukkan peribadi yang baik terhadap keluarganya sebagai seorang suami, bapa dan sekaligus sebagai ketua keluarga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Aisyah Radiallahu Anha katanya: Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berlaku baik terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik kamu terhadap keluarga ku. ( Riwayat Al-Imam At-Tirmizi )

Muslimin yang berbahagia,
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah seorang suami yang bertanggungjawab. Antara sifat baginda ialah tidak camah mata kepada ahli keluarga baginda, sebagaimana dalam satu riwayat daripada Al-Aswad bin Zaid beliau telah bertanya kepada isteri baginda, Saiditina Aisyah Radiallahu Anha yang maksudnya:
Apa yang Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam kerjakan dirumahmu? Aisyah Radiallahu Anha menjawab: Baginda melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang baginda pun keluar sembahyang kemasjid. ( Riwayat Al- Imam Al- Bukhari )

Beginilah kehidupan harian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai seorang suami dan ketua keluarga. Baginda ternyata adalah seorang suami yang sangat baik terhadap ahli keluarganya. Antara contoh dan pengajaran yang dapat diambil dari sikap dan tingkah laku Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap keluarga baginda ialah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertindak sebagai seorang ayah, guru dan seorang suami yang amat penyayang, sentiasa beramah mesra, bersenda gurau dan berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Baginda juga sentiasa berusaha mendidik para isterinya untuk hidup sederhana samada dari segi pakaian, tempat tinggal dan makanan.

Sebagai role model kepada seluruh umat, baginda telah menunjukkan tanggungjawabnya sebagai suami yang baik lagi sempurna. Baginda juga telah memelihara keluarganya dari membuat perkara-perkara yang ditegah oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan menggalakkan mereka sentiasa beribadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan