Khamis, 20 Februari 2014

Majlis Lantikan Perefek, Ketua Darjah Dan Penolong Ketua Darjah Serta P3K 2014

Majlis Lantikan Perefek, Ketua Darjah Dan Penolong Darjah Serta P3K 2014


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (٢)الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٤)
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan pada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabblah mereka bertawakal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rizki (nikmat) yang mulia” (QS. Al-Anfal: 2-4)

Khamis, 30 Januari 2014

Ceramah Maulud Nabi Muhammad S.A.W 2014

Tajuk Ceramah:
" RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT SEJAGAT"

Majlis ini telah dihadiri semua murid-murid dan guru-guru sekolah ini dengan penuh semangat.
28hb Rabiulawal 1435H


Pihak sekolah telah mengundang salah seorang penceramah yang tidak asing lagi.
Yang Mulia,
Awg A'di Asmat Bin Lamat
Pendakwah Bebas Pusat Dakwah Islamiah
Negara Brunei Darussalam

SEJAK 12 malam yang lalu, alunan merdu Dikir Maulud, bacaan qasidah dan selawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bergema di setiap sebutan di bibir para jemaah yang hadir untuk membesarkan Baginda dan terus bersemarak di seluruh masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara yang mengandungi puji-pujian ke atas Baginda pada majlis penuh barakah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, seperti kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, mukim-mukim dan kampung-kampung serta pihak swasta dan perseorangan.
Sesungguhnya tiada nikmat di alam maya ini yang lebih besar daripada nikmat dikurniakan seorang Nabi pembawa rahmat bagi sekalian alam iaitu Junjungan Besar kita Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Tanpa Baginda dan pengorbanannya sudah pasti hari ini kita tidak akan mampu mengenal erti Islam, iman dan ihsan. Justeru, sebagai umatnya adalah tidak adil jika kita melupakan jasa-jasa insan pembawa dan pejuang Islam yang sejati itu.
Kita sebagai umat Islam memang wajib memperingati kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu setiap 12 Rabiulawal, kerana Baginda sendiri selaku Nabi tidak pernah melupakan umatnya hatta tatkala nyawa berada di hujung tanduk, mulut Baginda tidak henti-henti menyebut kalimah 'ummati, ummati, ummati' yang bermaksud 'umatku' yang menunjukkan cinta dan kasihnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap kita.
Dengan tema sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1435 Hijriah ini iaitu 'Rasulullah Pembawa Rahmat Sejagat', adalah amat bertepatan kerana Baginda diutus ke seluruh alam ini untuk membawa rahmat kepada umatnya. Baginda adalah merupakan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada seluruh umat manusia, setiap tempat dan masa, bahkan untuk kerahmatan alam seluruhnya. Oleh itu tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengutamakan cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Antara rahmat yang dibawa oleh Baginda, ialah nikmat umur yang hanya dipinjamkan kepada umatnya. Pembawa kedamaian, kemajuan masyarakat dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diamalkan dalam kehidupan kita sehari-harian. Di antaranya : Berakhlak mulia dan terpuji; Bersikap sabar dan tegas menolak kekufuran, kemusyrikan dan segala bentuk kemaksiatan; Gemar melakukan perkara-perkara yang bermanfaat; Mencintai persaudaraan dan menghindari permusuhan; Mencintai ilmu pengetahuan. Inilah antara keperibadian Baginda yang agung dan sangat baik untuk kita teladani selamanya.
Perutusan Baginda ke alammaya ini juga adalah merupakan rahmat kepada kanak-kanak, remaja, belia, golongan dewasa lelaki mahupun perempuan. Setiap lapisan generasi manusia mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Baginda. Bahkan alam dan segala isinya sentiasa berselawat mendoakan kesejahteraan Baginda kerana akhlak dan tingkah laku mulia Junjungan Besar ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi kelmarin menjelaskan bahawa, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah rahmat kepada alam dan pembawa perubahan-perubahan yang sangat bermakna untuk dinikmati bersama.
Perubahan-perubahan itu titah baginda, ialah dari gelap-gelita kepada terang-benderang. Dari perhambaan kepada kemerdekaan. Dari kufur kepada Islam. Dari membunuh hidup-hidup kanak-kanak perempuan kepada menyelamatkan mereka. Dari pertelingkahan dan pembunuhan kepada hidup berbaik-baik.

Dari itu, bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ini, marilah kita selaku umat Islam di negara ini untuk sama-sama terus membaca selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan menjadikan Rasulullah sebagai kekasih kita, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala akan melayakkan kita mendapat syafaatnya di Padang Mahsyar kelak. Amin Ya Rabbal'alamin!

Isnin, 13 Januari 2014

Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W 
Negara Brunei Darussalam kebiasaannya Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama, mengadakan majlis berdikir selama 12 malam berturut-turut  kesemua masjid-masjid dan balai ibadah di negara ini.

sehubungan dengan itu pihak sekolah tidak ketinggalan mengadakan majlis yang serupa.
majlis ini diakhiri dengan majlis penutup dikir 
pada 13hb Januari 2014 bersamaan 11hb Rabiulawal 1435H


Rabu, 8 Januari 2014

Sesi Taklimat Dan Pendaftaran Darjah Pra 2014


Al-hamdulilah syukur kepada allah, pihak sekolah telah dapat mengukayahkan sesi ini bersama ibubapa.
sesi taklimat telah dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah 
Kemudian penyampaian sesi taklimat oleh Guru Kanan Pentadbiran Sekolah 
Yang Mulia, Cikgu Awg Haji Masfourteen Bin Awg Haji Mohd Yusof

Turut hadir ketika itu,
Guru Besar, Yang Mulia Cikgu Pg Hajah Aminah Bte Pg Hj Bakar
Guru-guru Kanan, Guru-Guru Darjah 
serta para ibubapa.


Isnin, 6 Januari 2014

Majlis Membaca Yassin Sempena Buka Sekolah 2014

Aktiviti Awal Tahun 2014 dimulakan dengan majlis membaca yassin, memohon kepada Allah, supaya sepanjang tahun diberkati dan dipermudahkan segala urusan.


Rabu, 2 Oktober 2013

Pertandingan Kuiz Tajwid Rendah Atas

 Pertandingan Kuiz Tajwid Rendah Atas telah pun berlangsung pada 2hb Oktober 2013
 para peserta diwakili terdiri daripada murid-rendah atas 
darjah 4 - 2 orang peserta lekaki dan perempuan 
darjah 5 - 2 orang peserta lekaki dan perempuan 
darjah 6 - 2 orang peserta lekaki dan perempuan 

pemenang keseluruhan telah dijuarai oleh kumpulan lelaki.
tahniah diucapkan.

Selasa, 1 Oktober 2013

Pertandingan Menghafaz Ayat Lazim Rendah Bawah


 Pertandingan ini dihakimi oleh beberapa orang guru darjah yang terdiri daripada guru-guru rendah bawah.


 Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Guru Besar dan Yang Mulia Penolong Guru Besar Sekolah Ugama Beibi, Gadong Sesi Pagi



Sabtu, 28 September 2013

Jumaat, 27 September 2013

Late Post >> Majlis Khatam Al-Quran Senegara

Sekolah Ugama Beribi Gadong Pagi Dan Petang Menjadi Pusat majlis tersebut pada bulan Ramadan 1434H yang lepas. Turut hadir Ustaz Haji Sufri Bin Amit @ Othaman. Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei III. Bersama guru-guru  serta murid-murid Sekolah Ugama Beribi Gadong


Late Post>> Intensif Latihan Tulisan Jawi


Pemilihan wakil sekolah bagi peraduan tulisan jawi telah diadakan pada tahun 2013M/1434H, yang mana peraduan ini melibatkan semua murid mengikut ketogori masing-masing. peraduan ini di kendalikan oleh guru kanan ko-kurikulum dan dibimbing oleh beberapa orang guru-guru sesi pagi.

Late Post >> Melukis Dan Mereka Kad Sempena Keluaga Ku Harapan Ku

Aktiviti ini telah pun berlangsung yang diselangarakan serentak oleh Jabatan Pengajian Islam.
Kad tersebut yang telah murid-murid buat untuk diserakan kepada ibubapa / penjaga masing sebagai tanda kasih sayang mereka seta menyatakan hasrat dan impian yang ingin mereka hajati.

Late Post >> Kuiz Pelajar SUB Kali Pertama

Alhamduliah Kuiz Pelajar Kali Petama telah pun berjaya diadakan pada tahun ini, kerjasama GK Akademik, GK Ko-Kurikulum dan Bahagian ICT & Multimedia .



 Sekalu Tetamu Khas Majlis 
Yang Mulia
Cikgu Pg Hjh Aminah Bte Pg Hj Bakar
Guru Besar Sekolah Ugama Berbi