Isnin, 12 April 2010
Ahad, 7 Mac 2010
KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR DAN MAULIDUR RASUL SAW
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a].
Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."
Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam." Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."
Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."
Isnin, 8 Februari 2010
SESI TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI BAGI PERADUAN DIKIR SYARAFIL ANAAM PERINGKAT SARINGAN
PESERTA LELAKI :
SU Beribi - 7
SU PAP AUKAI Mulaut - 14
SU PAP MNB Kilanas - 9
SU PM Abd Malik Bengkurong - 17
SU PAP Masna - 6
SU Anak-Anak Polis Diraja - 12
SU Katimahar - 5
SU Madewa - 10
SU Surau Kiulap - 20
SU Kiarong - 16
SU HMJM Kiulap - 4
SU Bengkurong - 13
SU Mulaut - 22
SU Tungku Gadong - 8
SU Antarabangsa Jerudong - 2
SU Kg Mata-Mata Gadong - 15
SU PPSDR Sahibul Bandar - 19
SU OKSB Kilanas - 3
SU Rimba I - 1
SU Rimba II - 11
SU Jerudong - 18
SU Kg Katok 'A' - 21
PESERTA PEREMPUAN :
SU Beribi - 7
SU PAP AUKAI Mulaut - 5
SU PAP MNB Kilanas - 15
SU PM Abd Malik Bengkurong - 1
SU PAP Masna - 11
SU Anak-Anak Polis Diraja - 12
SU Katimahar - 8
SU Madewa - 2
SU Surau Kiulap - 22
SU Kiarong - 17
SU Bengkurong - 14
SU Tungku Gadong - 3
SU Antarabangsa Jerudong - 18
SU Kg Mata-Mata Gadong - 16
SU PPSDR Sahibul Bandar - 19
SU OKSB Kilanas - 21
SU Rimba I - 13
SU Rimba II - 10
SU Jerudong - 9
SU Kg Katok 'A' - 6
SUAMP RIPAD - 4
SEK Persediaan Arab BSB - 20
Ahad, 7 Februari 2010
ALFU MABRUK!!!!!!!!!
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID TERBAIK DAN MURID-MURID YANG BERJAYA MEMASUKI SEK UGAMA ARAB TAHUN 2009


Di antara murid-murid yang menerima Hadiah Murid Terbaik dan yang berjaya memasuki Sekolah Ugama Arab






Murid-Murid Terbaik bagi Rendah Bawah

Murid-Murid Terbaik bagi Rendah Atas

Murid-Murid yang berjaya memasuki Sekolah Ugama Arab
1431H / 2010M
Alhamdulillah..segala tugas-tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama oleh semua pihak.
Aktiviti-Aktiviti sekolah setentunya sudah pun diatur untuk tahun 2010 ini dan ada beberapa buah majlis sudah pun diungkayahkan yang mana akan dikongsikan dengan abiskita =)
Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam bulan Februari ini ialah Pertandingan Dikir Syarafil Anaam bagi peringkat saringan. Ianya akan dijalankan pada 18 dan 20 Februari 2010 pada sebelah petang. InsyaAllah pada hari Isnin, 8 Februari 2010 ini akan diadakan undian bagi para peserta seterusnya taklimat bagi pertandingan tersebut. Kami sebagai Tuan Rumah bagi pertandingan ini mendoakan kejayaan bagi peserta yang bertanding.
Sekian.
Khamis, 12 November 2009
MAJLIS CERAMAH MOTIVASI
Adapun ceramah ini bermatlamatkan untuk menyuntik semangat murid-murid Darjah VI untuk berfikiran lebih positif, bermotivasi tinggi dan tidak mudah putus asa dalam mengejar kecemerlangan dalam Peperiksaan SSRU nanti.
BEKARIH -- BEJARIH -- BELURIH !!!





