Ahad, 7 Februari 2010

ALFU MABRUK!!!!!!!!!

Keputusan Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU) bagi murid-murid darjah VI tahun 2009 telah pun dikeluarkan pada minggu yang lalu.
SUB amat berbangga kerana pada tahun ini 98% dari murid-murid yang mengikuti peperiksaan tersebut telah lulus, mana kala 9 orang telah mendapat keputusan cemerlang iaitu Gred 1 Agg 5. Keputusan ini difahamkan telah meningkat daripada keputusan yang telah dicapai pada tahun 2008.
TAHNIAH diucapkan kepada murid-murid yang lulus, kepada yang gagal anggaplah kegagalan ini sebagai penyuntik semangat untuk lebih tekun belajar lagi. Kerana setiap kejayaan itu adalah dari kegagalan dan kegagalan tidak bererti gagal selamanya. Berakhirnya persekolahan Ugama tidak bermakna segala yang dipelajari juga turut diberhentikan, malah segala yang dipelajari itu mestilah diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi bekalan di masa yang akan datang.
TAHNIAH juga kepada guru-guru darjah VI kerana telah bertungkus-lumus dalam mendidik murid-murid mereka, bersusah-payah, berkorban, demi melihat anak didik mereka mencapai kejayaan dalam peperiksaan SSRU. Ternyata segala penat-lelah Cikgu-Cikgu semua BERBALOI-BALOI~~ =D Jazakumullahu Khairan Jaza'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan