Ahad, 15 Julai 2012

Majlis Khatam Al-Quran






Bacaan Takhtim Di Pimpin Oleh Guru-Guru Darjah 5 Dan 6

Pasukan Dikir Dipimpin Guru-Guru Lelaki Rendah Bawah







Sabtu, 14 Julai 2012

Sukan Muhibah

































BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai - Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong muncul juara keseluruhan dengan mengumpul pingat terbanyak dalam Sukan Muhibah Antara Sekolah-Sekolah Agama Bahagian Brunei III yang julung kalinya diadakan baru-baru ini.

Hadir merasmikan acara yang berlangsung di Padang Kebajikan Belia dan Sukan, Berakas hujung minggu lalu, ialah Ketua Unit Perancangan dan Perkembangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama, Dayang Siti Zauyah binti Daud.


Sebanyak 16 buah sekolah agama berentap dalam pelbagai acara seperti meniup belon, berlari ikat kaki, memancing botol, boling kelapa, tarik kalat dan sebagainya. Terdahulu, majlis dimulakan dengan acara senamrobik beramai-ramai.


Antara lain tujuan sukan muhibah tersebut diadakan adalah untuk memupuk kerjasama di kalangan peserta dan menjalin hubungan silaturahim di antara guru-guru agama dalam Bahagian Brunei III.

Kursus Penyediaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai - Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam sedang mengikuti Kursus Penyediaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Berbentuk Multimedia Dalam Bentuk CD dan Bagi Pencapaian Melalui Internet yang dikendalikan oleh Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH. Kursus tersebut berjalan selama 10 hari bermula 2 Julai lalu sehingga 14 Julai nanti.

Pada penghujung kursus itu para peserta dijangka akan dapat melaksanakan beberapa perkara, antaranya menggunakan perisian yang sesuai untuk menghasilkan teks, grafik, audio dan video, menggunakan mesin pengimbas untuk mengimport gambar dan ilustrasi, menyediakan bahan dan menghasilkan CD untuk pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi kandungan multimedia serta menyediakan bahan pelajaran untuk di muat naik ke Internet bagi pembelajaran secara online.

Taklimat dalam kursus tersebut disampaikan oleh Pengurus Latihan dan Jaminan Kualiti, Saiful Anuar bin A. Rahim dan Pegawai Latihan ICT, Ariffin bin Haji Yusof.