BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai - Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian
Islam sedang mengikuti Kursus Penyediaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Berbentuk Multimedia
Dalam Bentuk CD dan Bagi Pencapaian Melalui Internet yang dikendalikan oleh Pusat Serantau SEAMEO
VOCTECH. Kursus tersebut berjalan selama 10 hari bermula 2 Julai lalu sehingga 14 Julai nanti.
Pada penghujung kursus itu para peserta dijangka akan dapat melaksanakan beberapa perkara, antaranya menggunakan perisian yang sesuai untuk menghasilkan teks, grafik, audio dan video, menggunakan mesin pengimbas untuk mengimport gambar dan ilustrasi, menyediakan bahan dan menghasilkan CD untuk pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi kandungan multimedia serta menyediakan bahan pelajaran untuk di muat naik ke Internet bagi pembelajaran secara online.
Taklimat dalam kursus tersebut disampaikan oleh Pengurus Latihan dan Jaminan Kualiti, Saiful Anuar bin A. Rahim dan Pegawai Latihan ICT, Ariffin bin Haji Yusof.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan