Ahad, 28 April 2013

Aktiviti Komiti Lepasan Pelajar Sek.Ug.Beribi

Pelajar-pelajar lepasan sekolah ugama ada dikalang mereka memikirkan apakah aktiviti yang hendak mereka lakukan selepas tamat sekolah ugama darjah 6. Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan yang sama  tidak tahu apa yang hendak dibuat.



 Oleh itu pihak sekolah berinisiatif mengemukakan program ini, yang mana melibatkan lepasan pelajar yang sudah tamat persekolahan ugama darjah 6.   Sebagai langkah awal pihak sekolah melibatkan mereka dengan kegiatan bahagian pusat sumber Fathul Byusra.








Pusat sumber sekolah merupakan tempat di mana pelbagai perkhidmatan dapat diperolehi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan melahirkan pendidikan yang bermutu. Di pusat sumber juga seharusnya pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pusat sumber dan menggunakan beraneka media yang terdapat di pusat sumber.

Selaras dengan ini maka dicadangan agar "Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah Ugama Beribi" dapat ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam aktiviti Unit ICT Dan Multimedia.


KLP Zatu, telah pun mengarahkan murid-murid menulis nama mereka , kemudian mentasmik bacaan surah al-fatihah.

Komiti telah menjalankan aktiviti perisian bagi murid-murid sesi petang dengan aktiviti lagu-lagu dakwah/nasyeed. Dengan objektif murid-murid berzikir memperingati Allah subahanahu wataala





Ahli Komiti membuat persiapan untuk aktivit nasyed murid-murid lelaki



Penubuhan " Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah Ugama Beribi" ini timbul bagi penglibatan pelajar dan guru-guru sekolah kearah membina pusat penjana ilmu yang menyeluruh. Dalam pada itu juga, memandangkan keadaan Pusat Sumber Sekolah yang tidak begitu sempurna. Dengan penubuhan program ini nanti pelajar-pelajar yang menjadi anggota program akan dapat membantu guru Penyelaras Pusat Sumber dalam memaksimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, disamping melatih pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang mana ia sangat berguna pada masa hadapan. Tambahan lagi mengiatkan lagi lepasan pelajar ini kearah berkhidmat secara sukarela dan terus beribadah serta beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan