Pusat
sumber sekolah merupakan tempat di mana pelbagai perkhidmatan dapat diperolehi
bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan melahirkan pendidikan
yang bermutu. Di pusat sumber juga seharusnya pelajar-pelajar didedahkan dengan
pelbagai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pusat sumber dan menggunakan
beraneka media yang terdapat di pusat sumber.
Selaras
dengan ini maka dicadangan agar "Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah
Ugama Beribi" dapat ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam
aktiviti Unit ICT Dan Multimedia.
KLP Zatu, telah pun mengarahkan murid-murid menulis nama mereka , kemudian mentasmik bacaan surah al-fatihah.
Komiti telah menjalankan aktiviti perisian bagi murid-murid sesi petang dengan aktiviti lagu-lagu dakwah/nasyeed. Dengan objektif murid-murid berzikir memperingati Allah subahanahu wataala
Ahli Komiti membuat persiapan untuk aktivit nasyed murid-murid lelaki
Penubuhan
" Program Komiti Lepasan Pelajar Sekolah Ugama Beribi" ini
timbul bagi penglibatan pelajar dan guru-guru sekolah kearah membina pusat
penjana ilmu yang menyeluruh. Dalam pada itu juga, memandangkan keadaan Pusat
Sumber Sekolah yang tidak begitu sempurna. Dengan penubuhan program ini nanti pelajar-pelajar
yang menjadi anggota program akan dapat membantu guru Penyelaras Pusat Sumber
dalam memaksimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran, disamping melatih pelajar-pelajar dengan
kemahiran-kemahiran pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang mana ia sangat berguna
pada masa hadapan. Tambahan lagi mengiatkan lagi lepasan pelajar ini kearah
berkhidmat secara sukarela dan terus beribadah serta beramal.