Isnin, 8 Februari 2010

SESI TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI BAGI PERADUAN DIKIR SYARAFIL ANAAM PERINGKAT SARINGAN

Sebagai Tuan Rumah, sesi taklimat dan cabutan undi bagi Peraduan Dikir Syarafil Anaam bagi Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab Kawasan Brunei III, telah berlangsung pada sebelah pagi tadi kira-kira jam 8:30pagi.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dari Jabatan Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam, Guru Besar SUB serta Guru-Guru Kanan yang terlibat dan Guru-Guru dari Sekolah-Sekolah Kawasan Brunei III.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah, sterusnya ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SUB kemudian diikuti pula oleh taklimat peraduan yang disampaikan oleh salah seorang Pegawai dari Jabatan Ko-Kurikulum JPI.
Peraduan ini akan mengambil masa selama 2 hari iaitu pada 18 dan 20hb Februari nanti bertempat di Sekolah Ugama Beribi pada sebelah petang. Pada hari kedua itu nanti akan dimulakan daripada peserta yang ke-14 (tertakluk pada perubahan yang akan dimaklumkan kemudian).
Peraduan Dikir Syarafil Anaam Peringkat Negara pula akan berlangsung di dalam bulan Mac yang akan diadakan di Daerah Temburong, insyaAllah.. Sebanyak 14 buah kumpulan terpilij di peringkat saringan akan bertanding pada peraduan akhir itu nanti, iaitu 7 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan.
Cabutan undian bagi peraduan di peringkat saringan ini telah dicabut sendiri oleh Guru-Guru yang hadir. Di sini saya sertakan keputusan undian bagi sekolah-sekolah yang bertanding :



PESERTA LELAKI :

SU Beribi - 7
SU PAP AUKAI Mulaut - 14
SU PAP MNB Kilanas - 9
SU PM Abd Malik Bengkurong - 17
SU PAP Masna - 6
SU Anak-Anak Polis Diraja - 12
SU Katimahar - 5
SU Madewa - 10
SU Surau Kiulap - 20
SU Kiarong - 16
SU HMJM Kiulap - 4
SU Bengkurong - 13
SU Mulaut - 22
SU Tungku Gadong - 8
SU Antarabangsa Jerudong - 2
SU Kg Mata-Mata Gadong - 15
SU PPSDR Sahibul Bandar - 19
SU OKSB Kilanas - 3
SU Rimba I - 1
SU Rimba II - 11
SU Jerudong - 18
SU Kg Katok 'A' - 21


PESERTA PEREMPUAN :

SU Beribi - 7
SU PAP AUKAI Mulaut - 5
SU PAP MNB Kilanas - 15
SU PM Abd Malik Bengkurong - 1
SU PAP Masna - 11
SU Anak-Anak Polis Diraja - 12
SU Katimahar - 8
SU Madewa - 2
SU Surau Kiulap - 22
SU Kiarong - 17
SU Bengkurong - 14
SU Tungku Gadong - 3
SU Antarabangsa Jerudong - 18
SU Kg Mata-Mata Gadong - 16
SU PPSDR Sahibul Bandar - 19
SU OKSB Kilanas - 21
SU Rimba I - 13
SU Rimba II - 10
SU Jerudong - 9
SU Kg Katok 'A' - 6
SUAMP RIPAD - 4
SEK Persediaan Arab BSB - 20



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ahad, 7 Februari 2010

ALFU MABRUK!!!!!!!!!

Keputusan Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU) bagi murid-murid darjah VI tahun 2009 telah pun dikeluarkan pada minggu yang lalu.
SUB amat berbangga kerana pada tahun ini 98% dari murid-murid yang mengikuti peperiksaan tersebut telah lulus, mana kala 9 orang telah mendapat keputusan cemerlang iaitu Gred 1 Agg 5. Keputusan ini difahamkan telah meningkat daripada keputusan yang telah dicapai pada tahun 2008.
TAHNIAH diucapkan kepada murid-murid yang lulus, kepada yang gagal anggaplah kegagalan ini sebagai penyuntik semangat untuk lebih tekun belajar lagi. Kerana setiap kejayaan itu adalah dari kegagalan dan kegagalan tidak bererti gagal selamanya. Berakhirnya persekolahan Ugama tidak bermakna segala yang dipelajari juga turut diberhentikan, malah segala yang dipelajari itu mestilah diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi bekalan di masa yang akan datang.
TAHNIAH juga kepada guru-guru darjah VI kerana telah bertungkus-lumus dalam mendidik murid-murid mereka, bersusah-payah, berkorban, demi melihat anak didik mereka mencapai kejayaan dalam peperiksaan SSRU. Ternyata segala penat-lelah Cikgu-Cikgu semua BERBALOI-BALOI~~ =D Jazakumullahu Khairan Jaza'

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID TERBAIK DAN MURID-MURID YANG BERJAYA MEMASUKI SEK UGAMA ARAB TAHUN 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Murid-Murid Terbaik dan Murid-Murid yang Berjaya memasuki Sekolah Ugama Arab telah pun diadakan pada 09 Januari 2010 yang lalu.
Tetamu Kehormat Majlis selaku Pengerusi, yang Mulia Guru Besar SUB, Cikgu Hjh Doriani bt Hj Julaihi telah pun menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang berjaya. Beliau juga turut menasihati murid-murid agar terus berusaha dengan rajin untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang di masa yang akan datang.

Photobucket

Photobucket

Di antara murid-murid yang menerima Hadiah Murid Terbaik dan yang berjaya memasuki Sekolah Ugama Arab

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Murid-Murid Terbaik bagi Rendah Bawah

Photobucket
Murid-Murid Terbaik bagi Rendah Atas

Photobucket
Murid-Murid yang berjaya memasuki Sekolah Ugama Arab

1431H / 2010M

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Tahun 2010 sudah memasuki bulan keduanya, ternyata bulan Januari yang lalu adalah bulan yang amat sibuk bagi semua guru-guru. Penerimaan murid-murid baru, pembahagian buku teks kepada murid-murid, mencantikkan bilik darjah ialah di antara tugas-tugas tahunan yang harus dilaksanakan oleh setiap guru darjah khasnya.

Alhamdulillah..segala tugas-tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama oleh semua pihak.

Aktiviti-Aktiviti sekolah setentunya sudah pun diatur untuk tahun 2010 ini dan ada beberapa buah majlis sudah pun diungkayahkan yang mana akan dikongsikan dengan abiskita =)

Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam bulan Februari ini ialah Pertandingan Dikir Syarafil Anaam bagi peringkat saringan. Ianya akan dijalankan pada 18 dan 20 Februari 2010 pada sebelah petang. InsyaAllah pada hari Isnin, 8 Februari 2010 ini akan diadakan undian bagi para peserta seterusnya taklimat bagi pertandingan tersebut. Kami sebagai Tuan Rumah bagi pertandingan ini mendoakan kejayaan bagi peserta yang bertanding.

Sekian.