Rabu, 11 November 2009

MAJLIS SOLAH FARDHU MAGHRIB DAN ISYA' BERJEMAAH

Majlis Solat Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah, Solat Hajat Berjemaah serta membaca surah Yaasin dan Tahlil akan diadakan pada Hari Khamis, 23 Zulkaedah 1430H bersamaan dengan 12 November 2009 bertempat di Masjid Jubli Perak, Kg Jangsak.
Ini adalah bertujuan untuk memohon pertolongan serta keberkatan daripada Allah SWT bagi murid-murid Darjah 6 sesi Pagi dan Petang yang mana akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama yang akan bermula pada 18 November 2009.
Murid-murid Darjah 6 serta guru-guru dikehendaki hadir seawal jam 6 petang iaitu sebelum azan Fardhu Maghrib. Ibu Bapa juga dijemput untuk turut sama hadir bagi meramaikan majlis Solat Berjemaah ini.
Semoga dengan usaha ini murid-murid Darjah 6 akan dilimpahkan kemudahan dalam menghadapi peperiksaan seterusnya akan beroleh kejayaan yang cemerlang. di atas kerjasama para ibu bapa juga kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan