Doa dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, doa yang tidak dimakbulkan, hati yang tidak tunduk dan nafsu yang tidak terpuaskan
Doa memohon ditambah ilmu
Ya Allah! Jadikanlah manfaat apa yang sudah Engkau ajarkan kepadaku, dan tunjukkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagi diriku dan tambahkanlah pengetahuanku, segala puji bagi Allah dalam setiap hal
Doa penerang hati
Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, Jadikanlah cahaya dalam hatiku dan cahaya pada lidahku dan cahaya pada pandanganku dan cahaya pada pendengaranku dan cahaya dari kananku dan cahaya dari kiriku dan cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku dan cahaya di hadapanku dan cahaya dari belakangku dan jadikanlah cahaya pada diriku.
Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah seru sekelian alam.
Doa memohon kejayaan di dalam peperiksaan
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujianbagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.
Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.
Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.
Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.
Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.
Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Doa sebelum membaca al-Quran
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau menurunkannya (Al-Quran) dengan kebenaran dan ia (Al Quran) telah turun dengan kebenaran.Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau besarkanlah (kuatkanlah) keinginanku terhadapnya (keinginan untuk mendalami Al-Quran).
Dan jadikanlah ia (Al-Quran) sebagai cahaya (penyuluh) bagi penglihatanku dan penawar bagi hatiku.Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkau hiasilah (perindahkanlah) lidahku (kata-kataku) dengannya (ajaran-ajaran dalam Al-Quran) dan Engkau cantikkanlah (serikanlah) mukaku dengannya (Al-Quran) .
Dan Engkau perkuatkanlah jasadku ini dengannya (Al Quran), dan Engkau beratkanlah (penuhilah) timbanganku (timbangan pahalaku) kerananya (Al Quran).
Dan Engkau kurniakanlah aku (kemampuan) agar dapat membacanya (Al Quran) kerana mentaatiMu pada waktu malam dan pada sebelah petang.
Dan Engkau himpunkanlah aku (di akhirat nanti) bersama Nabi Muhammad yang dilimpahi rahmat dan sejahtera oleh Allah Taala keatas baginda serta keluarga baginda yang sebaik-baiknya.