Isnin, 30 Januari 2012

Kempen Kebersihan

Pada     : 28hb Januari 2012
Hari      : Sabtu
Tempat : Kawasan Sekolah Ugama Beribi

Aktiviti tersebut telah pun berlangsung dengan perbarisan pagi dimulakan bacaan Surah Al-Fatihah. Seterusnya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Murid-murid bersama guru-guru terlebih dahulu melakukan rutin harian iaitu Solat Doha berjammah. Selesai sahaja daripada itu, Guru Kanan P3K membahagikan murid-murid bersama guru-guru pengawas mengikut kawasan masing-masing.

"Amalan kebersihan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita. Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini dan memberi keutamaan supaya menjaga kebersihan diri sendiri, tempat tinggal, tempat ibadah, tempat -tempat awam, tempat makan seperti restoran dan sebagainya. Islam menggalakan umatnya membersihkan diri sebelum melakukan tuntutan kewajipan lain-lain. misalnya terlebih dahulu seseorang yang hendak mendirikan soalah hendaklah memastikan diri, pakaian dan tempat solatnya bersih dan terhindar dari segala najis"